Tuesday, April 26, 2011

DILEMA CINTA....


Assalamualaikum w.b.t…

Alhamdulillah, syukur…segala puji bagi Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang telah melimpahkan segala nikmat kurnia yang tiada tolok bandingannya kepada hamba-hambanya..Syukur kehadrat Illahi kerana, sehingga kini kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas dan merasai nikmat kehidupan di dunia ini…Ya Rabbi aku bersyukur kepadaMu…

Waduh, begitu lama sekali aku menyepi tanpa coretan dan warkah untuk blog ini…apakan dayaku, terdapat beberapa halangan yang tidak dapat aku persoalkan sehingga aku kadang-kadang terasa ingin give up…Namun, aku kuatkan diri juga untuk menempuhinya.. Alhamdulillah, dengan pertolongan dariNya, sedikit sebanyak aku dapat tempuhinya..

Dilema Cinta…kita dah cukup sinonim dengan perkataan cinta ni..betul x? hidup manusia dikelilingi dengan cinta, cinta terhadap manusia, tidak terkecuali juga cinta terhadap material dan dunia, cinta kepada Rasulullah dan cinta yang paling agung adalah cinta kepada Illahi..tapi apa yang pula disebalik Dilema Cinta yang ingin dicoretkan kali ini?? Sebenarnnya Dilema Cinta ini aku ambil dari lagu Dilema Cinta Illahi nyanyian kumpulan ForHeart..

~DILEMA CINTA ILAHI~

"Puas kucoretkan kata cinta ini,
beriringan kata seindah bicara,
lautan api telah pun ku selami,
namun geloranya tetap sama.

Oh Tuhan,di manakah CINTA-MU,
Oh Tuhan,di manakah RINDU-MU,
dan ke manakah REDHA-MU,
ke manakah RESTU-MU.

dilema CINTA ini merunsingkan hatiku,
kuharapkan CINTA-MU ILAHI...
dilema CINTA ini merunsingkan hatiku,
hanya tuk dapatkan RAHMAT dari-MU...."

So, berdasarkan lirik lagu ini, Dilema Cinta yang aku nak citer ni adalah cinta kepada Illahi..Ku cinta Dia.. Kita mencintai Allah SWT.. Adakah sekadar kata-kata cukup sebagai bukti? 

Hasan Al-Basri rahimahullah berkata:
Para sahabat Nabi SAW berkata: " Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami amat mencintai Allah SWT. "

Kemudian Allah SWT mahu menjadikan tanda yang menunjukkan kecintaan kepada-Nya. Dengan itu Allah SWT menurunkan ayat yang bermaksud:

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mencintai Allah SWT maka ikutilah aku. Nescaya Allah SWT mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

(Ali 'Imran: 31)

Dan bagaimana pula kita nak tahu kita ni dicintaiNya pula? Sesungguhnya beruntunglah bagi hamba-hamba yang dicintaiNya…"Kita muhasabah diri. Adakah terdapat pada diriku bukti-bukti itu? Adakah aku dicintaiNya?"





Bukti DicintaiNya
Apabila seorang hamba dicintai oleh Allah SWT, maka ada buktinya dan ada tandanya.
Telinganya, hanya mendengar sesuatu yang berupa ketaatan kepada Allah SWT, tidak atas dorongan hawa nafsu dan syaitan.

Pandangan matanya, sentiasa dalam ketaatan kepada Allah SWT,  jauh daripada dorongan kebinasaan hawa nafsu dan syaitan.

Tangan kaki dan pergerakannya, sentiasa dalam ketaatan kepada Allah SWT, bukan kemaksiatan kepadaNya.
 Asy-Syaukaani berpendapat :
" Allah SWT memberi kepada anggota-anggota tersebut nur-Nya (cahaya) yang menyuluh jalan hidayah dan menghindarkannya daripada kesesatan. "

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...