Friday, November 5, 2010

BERSANGKA BAIK SESAMA INSAN...

Islam itu indah...
Jika kamu bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan (dalam hatimu) : "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dari ku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak membuat maksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak ku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya, padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan melakukan kemungkaran. Na`uzubillah…

3 comments:

  1. Persoalannya bagaimana untuk menjadi seorang yang sentiasa bersangka baik?
    contohnya: ditimpa musibah dan ujian dari Allah, orang menyakiti hati kita seperti menghina kita,
    mengumpat tentang kita di belakang, mencuba menjatuhkan semangat dan reputasi kita,
    menfitnah kita, menyusahkan hidup kita dengan memaksa kita buat macam-macam,
    selalu tak puas hati dengan kita, suka marah-marah kita tanpa sebab yang logik akal, dan sebagainya.

    Penyelesaianya kita perlu kuatkan hati dan bersangka baik.
    - Allah tidak turunkan ujian kepada kita melainkan sesuai dengan kemampuan kita, believe it!
    - cuba selami perasaan orang lain yang lebih menderita dari kita.
    - sentiasa memaafkan orang lain.
    - anggap semua orang sayangkan kita.
    - anggap Allah nak jadikan kita matang dan kuat melalui cabaran-cabaran yang diberikan
    - ini adalah peluang kita utk muhasabah diri, mengenal kekuatan, ketabahan hati kita
    - banyak-banyak berzikir munajat (subhanallah, alhamdulillah, lailahailalallah, allahuakbar)dan istighfar
    - cari seseorang yang positif untuk bercerita perasaan anda
    - kekalkan persekitaran yang positif kerana takut nanti jika terjebak dengan orang yang tidak positif, kita yang ingin bersangka baik jadi bersangka buruk, dendam dan kesumat pulak.
    - pegang prinsip, kita perlu hormati orang tua kerana mereka banyak pahala dari kita, dan kita perlu hormati orang muda kerana orang muda kurang dosa berbanding kita.
    - ramai orang tidak puas hati dengan kita sebenarnya kerana dia nak jadi macam kita. oleh itu, beri mereka peluang menyertai kita dalam apa jua perkara positif yang kita lakukan. percayalah, hakikatnya semua orang sukakan kebaikan.

    ReplyDelete
  2. firman Allah s.w.t...
    "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." Q.S Al-Hujuraat : 12.

    ReplyDelete
  3. saya sangat tertarik dengan blog ini..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...