Saturday, December 31, 2011

LiFe qOutes...tHINk iT oVER...

I do have found some life quotes that interest me..I'll share then..


Sometimes you have to venture outside your world in order to find yourself...
no one know about yours unless you find it yourself...
because every action you take come from your heart, mind and exactly yourself...



Live yourself as a shining star because even in the darkness, it will shine...
Even you live in miserable, find yourself a strength and become a stronger person....


If you want to succeed, you have to work hard...every goal that we set need us to sacrifice in order to achieve it...so, be courageous to face challenges....  



Friday, December 30, 2011

THat's REal LiFe..Enjoy IT



A quote said:

            Life with love will end up happy life, life without love will end up sad life
            but look here:


source from : Funzug.com
            
live your life to the fullness..don't give up!!!
we can't run away from the facts of life in this world...
we juz can become stronger to face them....
InsyaAllah, we'll overcome everything...

Friday, December 9, 2011

11 GoLONgAN AhLI NeRaKA...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang didahulukan sebagai ucapan pembuka
bicara...Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W pemberi syafaat...Assalamualaikum sebagai doa ke atas semua Muslimin dan Muslimat...semoga kita berada di landasan yang lurus yang berlandaskan syariat dan  yang tidak bengkok hendaknya...amin.

Nak kongsikan sikit apa yang baru saya baca sebelum ni...


11 GOLONGAN AHLI NERAKA

Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-

"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-

1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana  mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.

3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.

5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan
kebenaran.

8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.

9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.

11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.


Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati
dalam keadaan bertaubat."


BiLA sAat Itu MenJelma....WasPADAlah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...salam dan selawat kepada Junjungan Nabi Muhammad S.A.W..
semoga kita akan dikurniakan rahmat dan syafaat..amin

Sekadar nak menulis apa yang dirasakan sangat perlu untuk dikongsi..rasa sayang jika hanya disimpan dalam hati dan tidak dikongsi bersama..
Kita sebagai manusia biasanya dikaitkan dengan sifat lupa dan kadang-kadang leka dengan kehidupan di dunia sehingga tak berfikir soal kehidupan kita kelak di alam 'sana'..
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui..ada tak timbul sebarang keresahan dan ketakutan tentang apa yang bakal terjadi kelak? bila difikirkan....Ya Allah, agaknya aku di tahap mana sekarang disisi-MU? Adakah segala yang kita buat kat dunia ini mendapat redaNYA dan selari dengan kehendakNYA? tepuk dada tanya iman...ni sedikit nak kongsi apa yang aku baca dari satu laman tapi dah lupa kat mana aku ambil yang mana penceritaan ini mengisahkan tentang keadaan manusia apabila tibanya saat kita dihimpunkan kelak untuk menghadap Allah S.W.T...baca dan hayatilah..semoga kita sentiasa berwaspada dan berusaha menyelamatkan diri kita dari kemurkaanNYA serta azab yang telah dijanjikanNYA...Nauzubillahiminzalik...



Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Saturday, July 2, 2011

RintiHAn kalBU di KAla iTU

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur…segala puji bagi Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang telah melimpahkan segala nikmat kurnia yang tiada tolok bandingannya kepada hamba-hambanya..Syukur kehadrat Illahi kerana, sehingga kini kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas dan merasai nikmat kehidupan di dunia ini…

 

Namun, pernahkah kita terfikir apa itu nikmat yang kita rasai selama ini? bagaimana kita menggunakan nikmat yang kita perolehi? adakah ke jalan yang diredhaiNYA atau sebaliknya. Setiap hari, setiap waktu, setiap saat, dan setiap detik kita tak pernah terlepas dari mendapat nikmat dariNYA. Namun, sebagai hambanya, pernahkah kita pada satu waktu itu, satu saat itu atau satu detik itu, kita terfikir bahawahasanya kita betul-betul ikhlas dari lubuk hati mensyukuri setiap nikmat yang diberikan samada dalam kesenangan mahupun di saat kita menghadapi kesukaran dalam kehidupan?

Begitulah yang aku sedang fikir tatkala saat itu aku memandang tenang ciptaan Tuhan Yang Maha Esa. Ketika itu, aku terfikir satu perkara yang benar-benar buat aku rasa takut. Takut dengan dosa-dosa yang telah aku lakukan samada secara sengaja, tidak sengaja tanpa aku sedari dan yang sewaktu denganya. Takut pada kehidupanku di akhirat kelak, apakah nanti aku berada di kalangan orang-orang yang beriman, atau sebaliknya, Nauzubillahiminzalik..apakah nanti amalanku diterima? apakah aku berjaya melepasi segala bentuk hisab yang akan dilaksanaknan kelak dengan amalan-amalanku kini? apakah aku telah bersedia untuk menghadapi perjuangan yang cukup besar ini? 

Saat fikiranku merantau jauh memikirkan perjalanan hidupku, tiba-tiba hatiku dipalu kepiluan yang amat sangat memikirkan semua dosa yang telah aku lakukan. Memikirkan bagaimana aku di sisiNYA? Tanpa disedari, mataku tiba-tiba pedih dan air jernih mula bertakung di tubir mataku lalu laju menuruni pipiku. Hatiku rasa sayu bila mengenangkan perjalanan hidupku dari mula aku mengenal dunia ini hingga saat ini yang entah apa yang telah aku telah isi dan penuhi. Apakah semua itu cukup untuk menjamin kehidupanku di akhirat kelak? Ohh..sungguh hatiku haru dan merasa bimbang dan resah.



Namun, aku hanya mampu berharap dan berserah kepadaNYA agar aku sentiasa berada dalam keredhaanNYA dan mendapat hidayahNYA serta diampunkan segala dosa silamku yang tak terkira banyaknya...Astaghfirullahalazim..Sememangnya aku berharap agar aku menjadi hambaNYA yang betul-betul ikhlas dalam melaksanakan perintahNYA bukan semata-mata kerana kewajipan. Aku ingin merasai nikmatnya iman itu dan betapa sucinya kasih dan cinta hanya kepadaMU Ya Illahi..Tenangkanlah hati ini dalam menyemai cinta terhadapMu, damaikanlah hati ini tatkala ingatanku hanya padaMu, penuhilah jiwa ini dengan ketulusan dan keikhlasan, dan juga kasih sayang, limpahi jiwa ini dengan petunjuk dariMU, kasih sayangMU, cintaMU, dan juga redhaMU..amin

Thursday, April 28, 2011

Girls are like apples ???

Assalamualaikum w.b.t..

Segala puji bagi Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang....selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w serta kaum kerabat dan juga para sahabat Baginda..

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...masih diberi kesempatan untuk menulis dan terus menulis..kali ni juz nak kongsi satu kata-kata yang aku rasa agak memberi makna serba sedikit buat wanita-wanita sekalian termasuk diri sendiri...moga kata-kata ini menjadi pedoman yang cukup bererti dalam meneruskan wacana hidup di dunia ini...xde niat untuk mengata dan point kesalahan kepada sesiapa..juz satu perkongsian...

Girls are
 like apples on trees.
 The best ones are at the top 
of the tree. The boys don't want
 to reach for the good ones because
 they are afraid of falling and getting hurt.
 Instead,they just get the rotten apples
 from the ground that aren't as good, 
but easy.so the apples at the top
 think something is wrong 
with them, when in
 reality, they're 
amazing. They
 just have to wait
 for the right boy
 to come along,
 the one's who
 brave enough to
 climb all the way to 
the top of the tree.....

Sesungguhnya wanita muslimah memiliki kedudukan yang tinggi dalam Islam dan mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan setiap muslim. Oleh itu, patut melengkapkan diri dengan segala bentuk persiapan diri dari segi personaliti, ilmu pengetahuan dan juga agama...Dia akan menjadi madrasah pertama dalam membangun masyarakat yang shalih, tatkala dia berjalan di atas petunjuk Al-Quran dan sunnah Nabi. Karana berpegang dengan keduanya akan menjauhkan setip muslim dan muslimah dari kesesatan dalam segala hal...Wallahua'lam...


Wednesday, April 27, 2011

SOALAN BOCOR???

Assalamualaikum..Salam dan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. kaum kerabat dan para sahabat baginda..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,..semoga kita semua sentiasa berada dalam kurniaNya dan juga rahmatNya..amin.....Kali ini aku nk coretkan sedikit pasal satu satu perkara yang bertajuk SOALAN BOCOR?? Agak-agaknya soalan apa yang bocor? soalan exam ke? soalan interview ke? soalan spot ke? soalan maut ke? guess what



Macam nila, sebenarnya kita semua sudah maklum, bahawa setelah nyawa berpisah dari jasad, tatkala jasad kita terbujur kaku di alam yang cukup asing bagi manusia, malaikat akan hadir dan kita akan ditanya soalan-soalan yang lazim kita telah mengetahuinya sebelum berdepan dengan sakaratul maut. soalan-soalan tula soalan bocor:

  1. Siapa Tuhan Kamu? --> Allah s.w.t
  2. Apa agama kamu? --> Islam
  3. Siapa nabi kamu? --> Rasulullah s.a.w
Wah, bukan main lagi kita siap dah tahu dah apa jawapannya..Ya, kita pasti sudah tahu jawapannya. Tetapi kita harus faham satu perkara. Alam Barzakh dan alam akhirat adalah alam sama sekali tidak sama dengan kehidupan dunia..Lantaran itu, andai kita rasakan menjawab soalan ini sama macam jawab soalan peperiksaan, maka kita silap besar..Sangat silap besar walaupun tak silap dari segi undang-undang dunia ni..Kekuatan ingatan, kecerdasan minda dan tahp pendidikan takkan menjamin kita mampu menjawab kesemua soalan tersebut dengan baik dan cemerlang...

Apa yang menentukan ialah AMALAN kita di dunia. oleh itu, bagi nak menjawab soalan tersebut dengan cemerlang dan jayanya , ada beberapa "pelan tindakan" yang direkomenkan:

  1. Siapa Tuhan kamu?  Tauhidkan Allah, sembah dan laksanakanlah ibadah sebaiknya...
  2. Apa agama kamu?  Jadikan Islam cara hidup...
  3. Siapa nabi kamu?  Menyayangi Rasulullah s.a.w. dan mengikuti sunah Baginda...



Apa macam? Rasa-rasanya kita dah bersedia tak dengan jawapan-jawapanya? Tepuk dada tanya iman...Wallahua'lam...

"Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku"   

   (Adz-Zaariyaat-56)

"Tidak sempurmna iman kamu sehingga aku lebih dicintaimu daripada anak, ibu bapa dan seluruhnya"

(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...